UiTM kecam kekecohan babitkan pelajar UM - Utusan Malaysia

UiTM kecam kekecohan babitkan pelajar UM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 25 Mac – Selepas Universiti Malaya (UM), kini Universiti Teknologi Mara (UiTM) pula tampil mengecam insiden kekecohan melibatkan pelajar UM dengan penyokong parti Jumaat lalu.

UiTM
UiTM 

Naib Canselor UiTM, Prof. Ir. Dr. Mohd. Azraai Kassim berkata, UiTM sendiri akan memberi lebih ruang kebebasan untuk para pelajarnya menyuarakan pandangan mereka mengikut lunas undang-undang.

“UiTM menolak sebarang usaha menyekat kebebasan tersebut, terutama secara kekerasan. Kekerasan bukan sahaja terkeluar daripada normal demokrasi tetapi bertentangan dengan masyarakat Melayu, agama Islam dan juga perundangan negara.

Memuatkan artikel berkaitan…
MOHD. AZRAAI KASSIM
MOHD. AZRAAI KASSIM 

“Kebebasan warga akademik dan pelajar untuk berdebat secara intelektual merupakan proses pendidikan selagi mana ia tidak melanggar undang-undang negara,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, Azraai juga berharap pihak berkuasa dapat mengambil langkah sewajarnya melalui tindakan undang-undang agar kejadian melibatkan pelajar UM tersebut tidak berulang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini