Abhisit letak jawatan pemimpin Demokrat - Utusan Malaysia

Abhisit letak jawatan pemimpin Demokrat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK 25 Mac – Bekas Perdana Menteri, Abhisit Vejjajiva meletak jawatan sebagai pemimpin Parti Demokrat susulan prestasi buruk parti itu dalam pilihan raya umum Thailand yang berlangsung semalam.

“Saya ingin meminta maaf kepada semua penyokong Parti Demokrat kerana gagal mencapai matlamat kita pada pilihan raya ini.

“Saya perlu memikul tanggungjawab sebagai pemimpin parti ini. Oleh yang demikian, saya akan meletak jawatan daripada parti berkuat kuasa serta-merta,” katanya pada sidang akhbar di sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Parti Demokrat berada di kedudukan keempat bagi undi popular berdasarkan keputusan tidak rasmi yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand, dengan penjumlahan undi sebanyak 93 peratus.

Abhisit, yang menjadi Perdana Menteri dari 2008 hingga 2011 berkata, beliau akan meletak jawatan jika Parti Demokrat gagal memenangi lebih 100 kerusi Parlimen. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini