Elak pandang remeh kimia - Utusan Malaysia

Elak pandang remeh kimia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAHAN dan pembuangan bahan kimia bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan. Ini kerana bahan berkenaan boleh berada dalam keadaan jernih bagi larutan dan tidak berbau jika dalam bentuk gas sehingga sukar dikesan.

Bagi sektor industri, mereka perlu menggajikan ahli kimia yang bertanggungjawab memastikan sisa kimia dilupuskan secara selamat dan memenuhi asas maqasid syariah iaitu bagi memelihara nyawa, akal, harta dan keturunan kerana keracunan bahan sedemikian boleh menyebabkan kematian, kemandulan, kerosakan akal dan harta benda.

Tanggungjawab ahli kimia adalah untuk melaksanakan program pengurusan risiko untuk mengurangkan kemungkinan bahan kimia terdedah kepada orang awam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Namun, sejauh mana keseriusan setiap syarikat untuk mengambil ahli kimia sebagai pekerja bagi memastikan keselamatan pengendalian bahan berkenaan?

Dalam pada itu, bagaimana hebat sekalipun sesuatu pengurusan risiko, kebarangkalian bencana untuk berlaku pasti ada.

Bagi orang awam, ianya bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan kerana melibatkan nyawa dan kesihatan mereka lebih-lebih lagi bagi kanak-kanak dan bayi.

Orang awam dinasihatkan untuk tidak berada terlalu hampir dengan kawasan yang tercemar. Elakkan aktiviti luar dan jika boleh keluar daripada kawasan yang diklasifikasikan sebagai bahaya. Walaupun duduk dalam rumah adalah pilihan terbaik, bahan kimia yang berbahaya ini juga boleh memasuki kediaman jika ia berada dalam bentuk gas.

Bagi mereka yang perlu melaksanakan aktiviti di luar rumah dan berdekatan dengan kawasan bahaya, topeng muka biasa dalam jenis N95 tidak mampu menghalang bahan kimia daripada masuk ke dalam tubuh manusia sama ada melalui rongga mulut dan hidung. Topeng muka yang terbaik adalah jenis 3M 6502 berserta penapis jenis 6006.

DR. MUHAMMAD ZAMIR OTHMAN

Negeri Sembilan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini