Keputusan pilihan raya Bangkok dijangka umum seawal 6 petang, Ahad - Utusan Malaysia

Keputusan pilihan raya Bangkok dijangka umum seawal 6 petang, Ahad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK 22 Mac – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangka keputusan undian pertama pilihan raya umum negara itu dapat diumumkan seawal pukul 6 petang, Ahad ini.

Ia adalah pilihan raya umum pertama Thailand selepas insiden rampasan kuasa yang menyaksikan pengusiran kerajaan pimpinan Yingluck Shinawatra pada tahun 2014.

National Multimedia yang memetik Setiausaha Agung SPR, Jarungvith Phumma sebagai berkata, pihaknya menyasarkan keputusan rasmi di beberapa pusat mengundi yang jumlah pengundinya tidak ramai akan diperoleh kira-kira satu jam selepas waktu pengundian ditutup sepenuhnya pada pukul 5 petang.

Kata beliau, menjelang pukul 8 malam, sekurang-kurangnya 95 peratus daripada pusat pengundian sudah mengumumkan keputusan. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×