Guru didakwa lakukan amang seksual terhadap pelajar - Utusan Malaysia

Guru didakwa lakukan amang seksual terhadap pelajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA – Seorang guru sebuah sekolah berasrama penuh berdepan hukuman penjara 20 tahun selepas didakwa di Mahkamah Seysen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang pelajarnya pada November tahun lalu.

Tertuduh, Ab. Malek Sanat, 60, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Norma Ismail.

Mengikut pertuduhan,tertuduh didakwa telah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar perempuan yang ketika itu berusia 16 tahun.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tindakan itu dilakukan tertuduh sekitar pukul 3 petang hingga 9.30 pagi di sebuah hotel di Melaka Raya antara 2 hingga 4 November tahun lalu.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah seksyen kanun sama.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mazuin Hashim manakala tertuduh yang diwakili Peguam Andrew Lourdes.

Norma kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seornag penjamin dan menetapkan tarikh 22 April depan sebagai sebutan semula kes. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini