Pengurus jualan cedera diserang sekumpulan lelaki tidak dikenali - Utusan Malaysia

Pengurus jualan cedera diserang sekumpulan lelaki tidak dikenali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Seorang pengurus jualan berdepan detik cemas apabila diserang sekumpulan lelaki dalam satu kejadian di sebuah restoran di Taman Shamelin, Cheras di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu, mangsa telah didatangi beberapa lelaki warga tempatan yang tidak dikenali.

“Mangsa yang berusia 39 tahun itu telah diserang dan mengalami kecederaan di beberapa bahagian tubuhnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mangsa yang cedera di bahagian kepala, muka serta jarinya telah dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di sini bagi menerima rawatan lanjut sebagai pesakit luar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamed Mokhsein menambah, siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti motif kejadian.

“Pihak polis juga telah mengenal pasti suspek yang terlibat berdasarkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian.

“Usaha untuk menjejak kesemua suspek sedang giat dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras,” ujarnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini