[VIDEO] Dewan Rakyat kecoh pasal isu BN tidak pakai otak - Utusan Malaysia

[VIDEO] Dewan Rakyat kecoh pasal isu BN tidak pakai otak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Mac – Sidang Dewan Rakyat kecoh apabila wakil-wakil pembangkang terguris dan berang dengan kenyataan yang dikeluarkan Wong Shu Qi (PH-Kluang) yang menghina Barisan Nasional (BN) secara terang-terangan.

SIDANG DEWAN RAKYAT

Shu Qi dalam ucapannya menyatakan BN tidak menggunakan otak untuk membuat pelan kerja sewaktu mentadbir negara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“BN langsung tidak pakai otak dalam semua rangkaan,” katanya sewaktu membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.

Berikutan suasana yang semakin tidak terkawal, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof meminta Shu Qi menarik balik kenyataannya.

Mohamad Arif berkata, tindakan menarik balik kenyataan itu bagi menjaga keharmonian sidang dewan.

“Yang Berhormat, mungkin kurang manislah tak pakai otak. Tarik balik, tarik balik untuk mengekalkan harmoni,” katanya.

Shu Qi kemudiannya akur dengan permintaan Yang Dipertua Dewan Rakyat berkenaan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini