5 elemen cipta suasana kediaman estetik - Utusan Malaysia

5 elemen cipta suasana kediaman estetik

Konsep kediaman estetik semakin menjadi pilihan ramai ketika ini kerana dekorasinya yang minimalis.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Konsep kediaman estetik semakin menjadi pilihan ramai ketika ini kerana dekorasinya yang minimalis tetapi nyaman.Penggunaan barangan berasaskan kayu dengan warna putih dan coklat sebagai asas membangkitkan suasana tenang dan santai.

Minggu ini Seri kongsikan lima elemen penting yang wajib ada bagi merealisasikan konsep estetik di kediaman.

Sofa
Sofa memainkan peranan penting sebagai ‘ikon’ di ruang tamu. Oleh itu pemilihannya perlu dititikberatkan sebagai pelengkap gaya estetik kediaman. Sofa haruslah dipilih dari seleksi warna cerah sama ada putih, krim atau beige supaya mudah disesuaikan dengan warna dinding dan langsir yang cerah.

Permaidani
Elemen kedua terpenting adalah permaidani. Permaidani berwarna coklat seakan kayu atau rotan amat disyorkan sebagai pelengkap gaya di ruang tamu. Ia akan membangkitkan suasana lebih semulajadi.

Lampu
Pencahayaan lampu malap berwarna kuning sangat sesuai dipadankan dengan gaya estetik sekali gus membangkitkan suasana mewah.
Selain itu, perincian lampu yang berasaskan rotan atau buluh juga boleh digunakan di ruang makan atau ruang tamu untuk gaya lebih klasik dan mewah.

Pantri
Salah satu konsep yang menjadi aliran pada ketika ini adalah pantri terbuka. Pantri terbuka dengan balang berpenutup buluh menambahkan lagi ciri estetik di ruang dapur.
Balang kaca berpenutup buluh sangat menarik dijadikan sebagai tempat menyimpan stok makanan atau bahan masakan serta boleh menjadi sebahagian daripada dekorasi.

Kabinet dapur
Disyorkan juga memilih kabinet dapur yang mempunyai permukaan diperbuat daripada kayu.
Berasaskan warna putih dan kayu, ia memberikan efek cerah pada dapur selain membuatkan dapur kelihatan bersih.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×