Terpulang kalau ada yang nak ikut – Zuraida

Terpulang kalau ada yang nak ikut – Zuraida

zuraida
ZURAIDA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyertaan Datuk Zuraida Kamaruddin dalam Parti Bangsa Malaysia (PBM) adalah keputusan dirinya tanpa membabitkan mana-mana pihak.

Bagaimanapun, katanya kepada Utusan Malaysia, terpulang kepada mana-mana individu untuk mengekori langkahnya menyertai parti berkenaan.

“Dalam politik ini, tiada paksaan. Kita menyertai parti yang agenda dan haluannya sejiwa dengan kita.

“Keputusan menyertai PBM ini keputusan saya, sebagai seorang individu. Jika ada pihak lain yang ingin ikut serta, itu pilihan masing-masing,” katanya menerusi WhatsApp.

Sebelum ini, Zuraida bersama 10 ahli Parlimen mewakili PKR mengisytiharkan keluar parti dan Pakatan Harapan (PH) bagi membentuk blok bebas di Dewan Rakyat.

Beliau kemudian menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), namun akhirnya keluar daripada parti berkenaan dan menyertai PBM yang disifatkan lebih serasi dengan perjuangannya.

Zuraida berkata, beliau telah menghantar borang permohona menjadi ahli PBM dan perkara itu akan dibincang dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti.

“Saya telah menghantar borang permohonan saya untuk menyertai PBM. Yang selebihnya terpulang kepada mereka, untuk menerima saya atau sebaliknya.

“Saya dimaklumkan yang keputusan akan dibuat semasa Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi parti. Kita tunggu lah,” ujarnya.

Katanya, pertemuan dengan Perdana Menteri akan dibuat dalam masa terdekat bagi membincangkan mengenai kedudukannya, namun tugas sebagai seorang menteri masih diteruskan sehingga hari ini.

“Saya akan berjumpa dengan Perdana Menteri. Rakyat memerlukan pe­mimpin yang bersama membina negara, kebersamaan yang melangkaui politik walaupun berbeza parti politik,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×