Yong Norita kongsi pengalaman perlombongan dolomit - Utusan Malaysia

Yong Norita kongsi pengalaman perlombongan dolomit

YONG NORITA bersama sebahagian daripada produk dibangunkannya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Memberikan pendidikan dan pendedahan mengenai kepentingan pengurusan tanah dalam kalangan petani memerlukan ketekunan dan sabar dalam menyampaikan ilmu.

Pengarah Urusan Perlis Dolomite Industries Sdn. Bhd., Yong Norita Ahmad ketika ditemui baru-baru ini, mengakui memperkenalkan jenama baharu dalam bidang pertanian, tidak semudah disangka kerana dalam kalangan petani selesa dengan jenama tertentu.

Katanya, kebanyakan petani selesa tidak berubah. Asalkan pertanian dijalankan membuahkan hasil.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sedangkan masalah pokok boleh diselesaikan sekiranya keasidan tanah dibaikpulih dengan memberikan mineral diperlukan.

“Inilah impian saya mahu mendidik petani dan pekebun mengenai perkara asas iaitu perawatan tanah agar mereka sedar bahawa tidak semestinya mereka harus mempunyai tanah yang luas untuk mendapatkan hasil yang banyak sedangkan dengan tanah kecil pun mereka boleh menuai hasil tinggi, sekiranya tanah dan tanaman dirawat dengan cara betul,” katanya.

Dolomite Industries Sdn. Bhd. beroperasi di Perlis adalah syarikat menghasilkan baja untuk pertanian industri. Hingga kini lebih 1,000 pengusaha pertanian meyakini produk ditawarkan syarikat dipelopori wanita Melayu ini.

PENGALAMAN
Menyingkap penglibatannya dalam bidang ini, anak keenam daripada tujuh beradik ini tidak pernah mengikuti pengajian secara formal di universiti.

Beliau memulakan kerjaya sebagai pegawai di bahagian kewangan sebuah syarikat perladangan.

Namun kerana minat dengan dunia pertanian dan perladangan, sedikit demi sedikit dia belajar menguruskan ladang sehingga di beri kepercayaan untuk mengurus ladang sawit di Sungai Jang, Hulu Selangor pada 2016.

“Saya mengenali dolomit apabila saya mendapati hasil kelapa sawit ladang saya kurang memuaskan. Lantas saya mencari solusi sehingga menjumpai teknik memulihkan pokok.
“Di mana saya menemui dolomit sebagai cara menyelesaikan masalah tanah yang kurang subur,” katanya.

Dolomit adalah galian yang memiliki banyak fungsi antaranya memulihan keasidan tanah.

Bermula dari situ, Yong Norita mula mencari sebatian daripada batu sedimen terbaik sehingga menemuinya di Perlis.

Hasil bumi itu terletak di kawasan bukit yang sememangnya memerlukan kekuatan fizikal dan mental.

Namun berbekalkan semangat dan kerajinan, beliau membuktikan dengan hanya bersandarkan pengalaman menerusi ‘universiti kehidupan’ dirinya mampu mencapai kejayaan dalam dunia dimonopoli bangsa asing.

“Perlis Dolomite Industries Sdn. Bhd. adalah satu-satunya kilang di Perlis mampu menghasilkan dolomit serbuk dengan saiz 80 mesh hingga ke 325 mesh.

“Memang pada mulanya ramai tidak percaya apabila saya mengatakan mahu menceburi bidang ini. Tetapi saya yakinkan diri dan membuktikan anak Melayu boleh berjaya. Buktinya sekarang saya adalah satu-satunya wanita Melayu berkecimpung dalam industri perlombongan dolomit di Malaysia,” katanya.

BERJAYA TINGKATKAN HASIL TANAMAN
Menjadikan hasil tanaman ladang sendiri sebagai bahan uji kaji, dolomit diperolehi ini dicampurkan pada tanah bagi memberikan mineral yang diperlukan untuk tumbesaran pokok.

“Seperti tanaman padi contohnya, dolomit mampu mengatasi masalah tanah jerlus, siput gondang, padi rebah dan karah batang serta masalah serangan tikus yang dihadapi oleh sebahagian besar petani.

“Alhamdulillah ia menampakkan hasil yang sangat memberangsangkan. Dalam dua hingga enam bulan pokok semakin subur sehingga mengeluarkan hasil dua kali ganda,” ujarnya gembira.

Yong Norita menjelaskan, tiada jalan mudah meningkatkan hasil pengeluaran, sebaliknya perlu ada kaedah dalam memberikan nutrisi dan mineral pada tanah.

“Apabila tanah sihat dan pokok mendapat cukup makanan, tanamlah apa sahaja pasti akan membuahkan hasil,” katanya.

Gembira dengan penghasilan dolomit, Yong Norita mula menjalankan kajian penggunaan dolomit sebagai penghasilan baja.

“Saya mengambil masa tiga tahun untuk mengeluarkan Plant Rejuvenation System (PRS) iaitu baja cecair organik berfungsi menyuburkan tanaman. Ia juga dapat mengatasi masalah ganoderma pada sawit, kanser pada pokok durian dan menyelesaikan banyak masalah pada tanaman.

“Selepas disuntik atau disembur pada pokok, insya-Allah dalam masa sebulan hingga dua bulan, tunas mulai bercambah dan pokok semakin membesar sehingga membuahkan hasil berlipat kali ganda,” katanya.

Yong Norita yakin industri pertanian tidak akan mati sebaliknya menjanjikan masa depan jika dilakukan dengan tekun.

MENGANJURKAN pelbagai Kursus Pertanian dan Perladangan bersama Jabatan Pertanian dan Industri Makanan Malaysia.

“Kecil atau besar industri ini tidak pernah rugi kerana manusia memerlukan makanan untuk hidup. Sebab itu saya berada dalam industri ini kerana ia tetap

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini