Kempen SAJI Raikan Bersama zahirkan penghargaan kepada pelanggan

Kempen SAJI Raikan Bersama pelanggan setia

Majlis meraikan pelanggan setia dan penyampaian sumbangan produk oleh FGV Holdings Berhad.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: FGV Holdings Berhad (FGV), melalui anak syarikatnya, Delima Oil Products Sdn. Bhd. (DOPSB) melancarkan kempen SAJI Raikan Bersama untuk menzahirkan penghargaan dan rasa terima kasih kepada pelanggan setia produk DOPSB dan rakyat Malaysia amnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Mohd. Nazrul Izam Mansor berkata, bersempena dengan bulan Ramadan ketika ini, Kempen SAJI Raikan Bersama adalah peluang terbaik untuk DOPSB menzahirkan penghargaan kepada pelanggan-pelanggan setia yang memberikan sokongan terhadap produk-produk syarikat seperti SAJI, ADELA dan SERI PELANGI.

Beliau berkata, DOPSB turut berkolaborasi dengan Mydin menerusi jerayawara di beberapa cawangan Mydin terpilih seperti Mydin MITC Melaka, Mydin Kuala Terengganu dan juga Mydin Bukit Mertajam.

“Pelbagai aktiviti dan hadiah menarik disediakan bagi mengeratkan hubungan antara FGV dan orang ramai,” katanya dalam kenyataan.

Nazrul turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Mydin Malaysia di atas sokongan tidak berbelah bahagi dan peluang bagi memasarkan produk-produk FGV di semua cawangan Mydin di seluruh Malaysia selama ini.

Kempen SAJI Raikan Bersama akan bermula pada 2 April sehingga 27 Mei 2022. Pelanggan yang melakukan pembelian produk DOPSB bernilai RM25 dan ke atas hanya perlu memuat naik resit pembelian berkenaan di www.sajiraikanbersama.com dan berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM150,000.

Pada majlis perasmian itu, FGV turut memberikan sumbangan RM30,000 termasuk produk FGV kepada Pertubuhan Kebajikan dan Bimbingan At-Taqwa dan sumbangan produk FGV bernilai RM250,000 kepada Majilis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), yang akan mengagihkannya kepada golongan memerlukan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×