Tubuh persatuan sukan elektronik di setiap daerah - Utusan Malaysia

Tubuh persatuan sukan elektronik di setiap daerah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIBONG TEBAL: Esport Pulau Pinang (ESPP) menyasarkan penubuhan persatuan sukan elektronik di setiap daerah di negeri ini secara berperingkat supaya pembangunan bakat baharu dalam sukan tersebut dapat dilaksanakan secara lebih terancang.

Timbalan Presiden ESPP, Muhammad Harith Farhan Zakaria berkata, ketika ini hanya dua daerah iaitu Seberang Perai Utara (SPU) dan Seberang Perai Selatan (SPS) yang mempunyai persatuan berkenaan.

“Dengan adanya persatuan yang akan mengawal selia aktiviti sukan itu di setiap daerah, ESPP juga boleh menganjurkan liga secara lebih bersistematik selepas ini.

“Pada masa sama, bakat baharu dalam sukan itu juga lebih mudah untuk dicungkil dan digilap,” katanya yang juga Presiden Persatuan E-Sukan Daerah SPS kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam perkembangan berasingan katanya, skuad Esport Pulau Pinang yang sepatutnya mewakili negeri itu ke temasya Sukan Malaysia (Sukma) masih berlatih seperti biasa ketika ini meskipun penyertaan mereka belum diputuskan.

Difahamkan, Kuala Lumpur akan menjadi tuan rumah untuk temasya dwitahunan itu bagi menggantikan Johor yang sepatutnya menganjurkan sukan tersebut yang pada awalnya dijadual pada 2020.

Bagaimanapun, penularan wabak Covid-19 ketika ini selain perintah kawalan pergerakan (PKP) yang berpanjangan menyebabkan negeri  itu terpaksa memohon penangguhan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×