BN usah terlalu yakin ulangi kemenangan Melaka - Faizal

BN usah terlalu yakin ulangi kemenangan Melaka – Faizal

Bahang PRN di enam negeri akan sampai kemuncak Sabtu ini. - Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Perikatan Nasional (PN) mengingatkan lawannya Barisan Nasional (BN) agar tidak terlalu yakin dapat mengulangi kemenangan besar seperti di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Timbalan Pengerusi PN, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, rakyat ketika ini sudah boleh melihat keadaan tidak menjadi seperti mana diharapkan apabila mereka memberi peluang kepada BN memerintah sebelum ini.

Katanya, kalangan parti-parti yang bertanding berpecah menyebabkan PN menjadi underdog, namun ia membolehkan rakyat menilai dan memilih mana yang terbaik.

“PN ini memang sebagai underdog, tetapi kita yakin majoriti rakyat sebenarnya menolak UMNO dan BN.

“Kemenangan besar di Melaka juga tidak memberi kelebihan, sebenarnya apabila pengundi memberikan terlalu banyak ruang kepada UMNO dan BN, keadaan tidak pun menjadi lebih baik.

“Jadi sekarang ini rakyat ada peluang untuk memperbetulkan kesilapan dengan kali ini memilih PN,” ujarnya.

Beliau ditemui selepas Majlis Pelancaran Ikrar PN berupa manifesto bertemakan ‘Demi Bangsa Johor’ di Hotel Trove di sini semalam.

PN menyediakan ikrar berteraskan lapan tunjang utama, berpacukan 24 strategi dan berlandaskan 144 pendekatan.

Lapan tunjang itu merangkumi kepimpinan yang berintegriti dan bebas rasuah, tumpuan kepada keutuhan ekonomi Johor serta tangani kos sara hidup.

Selain itu, keprihatinan kepada rakyat dan menjamin kesejahteraan sosial, meningkatkan kecekapan infrastruktur, kembali merancakkan sektor pelancongan dan kelestarian alam sekitar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×