UMS aktifkan PPV-IPT permudah pemberian dos penggalak

UMS aktifkan PPV-IPT permudah pemberian dos penggalak

TAUFIQ Yap Yun Hin (tengah) mendengar taklimat ringkas mengenai pemberian dos penggalak di PPV-IPT UMS di Kota Kinabalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengaktifkan semula operasi Pusat Pemberian Vaksin Institusi Pengajian Tinggi (PPV-IPT) bagi memudahkan warga UMS dan orang ramai mengambil dos penggalak vaksin Covid-19.

Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. suraidaTaufiq Yap Yun Hin berkata, sehingga kini sejumlah 1,913 suntikan vaksin dos penggalak jenis Pfizer telah diberikan dan ia merangkumi 179 dos kepada kakitangan UMS, 1,183 dos kepada pelajar UMS serta 550 kepada orang awam di sekitar daerah ini.

“PPV-IPT UMS mula beroperasi pada 11 Februari lalu dan dibuka pada setiap Isnin hingga Jumaat dari pukul 9 pagi hingga 4 petang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setiap hari, kita memberikan 100 dos suntikan vaksin dos penggalak kepada orang awam berusia 18 tahun ke atas.

“UMS melihat pengambilan dos penggalak ini sangat penting untuk melindungi masyarakat daripada kesan penyakit Covid-19 terutama dengan varian Omicron yang semakin menular dengan pantas dalam kalangan komuniti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, pengaktifan semula PPV-IPT UMS ini merupakan satu langkah tepat untuk memperluaskan pemberian vaksin kepada masyarakat, sekali gus mengawal penularan serta mengurangkan peningkatan jumlah kes Covid-19 di Sabah.

Katanya, penting bagi setiap lapisan masyarakat mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 dan dos penggalak bagi meningkatkan daya tahan badan dan meningkatkan imuniti terhadap wabak Covid-19.

Pada masa sama, PPV-IPT UMS akan turut menjayakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) bermula hujung bulan ini.

“Difahamkan kurang daripada 10 peratus daripada 411,400 kanak-kanak yang layak menerima vaksin di Sabah mendapatkan suntikan vaksin maka, usaha ini diharap mampu meningkatkan peratusan pengambilan vaksin dalam kalangan kanak-kanak,” katanya.

“Bagi kanak-kanak, suntikan dos vaksin jenis Pfizer yang diberikan hanyalah 0.2ml, iaitu satu pertiga daripada jumlah dos orang dewasa. Oleh itu, kita berharap ibu bapa akan menyokong program imunisasi untuk kanak-kanak tersebut.

“Pada masa ini, PPV-IPT UMS masih di peringkat pengumpulan permohonan bagi pemberian suntikan vaksin untuk kanak-kanak dan ia akan dimulakan pada hujung bulan Februari ini,” katanya.

Untuk sebarang pertanyaan atau janji temu bagi mendapatkan dos penggalak jenis Pfizer dan permohonan bagi vaksinasi di bawah PICKids boleh menghubungi PPV-IPT UMS atau whatsapp di talian 088-329201. –UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini