Lelaki maut dalam kebakaran pejabat

Lelaki maut dalam kebakaran pejabat

KEADAAN pejabat di jeti nelayan yang terbakar menyebabkan seorang lelaki maut akibat melecur di Hutan Melintang dekat Bagan Datuk, Perak,hari ini. - IHSAN JBPM PERAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN DATUK: Seorang lelaki yang melecur anggota badan maut dalam kebakaran pejabat di jeti nelayan dekat Jalan Tepi Sungai, Hutan Melintang, di sini hari ini. 

Mangsa, Eng Ching Hoe, 43, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang hadir di lokasi. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hutan Melintang, Zulkafle Abdullah berkata, maklumat kejadian itu diterima pihaknya pada pukul 7.26 pagi dan sepasukan anggota bersama sebuah jentera digerakkan ke lokasi bagi menjalankan proses memadam kebakaran.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setibanya di sana, kita mendapati terdapat kesan peratusan kecil kebakaran struktur pejabat. Pemadaman dilakukan orang awam dengan menggunakan gulungan hos air domestik.

“Pemeriksaan mendapati, terdapat seorang lelaki dalam keadaan melecur dan tidak sedarkan diri. Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan. Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut ,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini