33 gadis pelayan pelanggan Thailand, ditahan di Langkawi - Utusan Malaysia

33 gadis pelayan pelanggan Thailand, ditahan di Langkawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI 25 Ogos – Seramai 33 orang gadis pelayan pelanggan dan seorang pondan warga Thailand ditahan dalam serbuan Jabatan Imigresen Kedah di dua buah pusat hiburan di sini semalam.

Dalam Op Gegar yang bermula pukul 3 pagi itu, kesemua yang ditahan berusia antara 21 hingga 58 tahun.

Turut ditahan tiga lelaki tempatan bagi membantu siasatan.

Pengarah Imigresen Kedah, Zuhair Jamaludin berkata, mereka yang ditahan telah melakukan kesalahan kerana bekerja secara tidak sah.

Katanya, sehubungan itu, kesemua warga asing berkenaan melakukan kesalahan di bawah Perkara 39 (b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

“Mereka ditahan di lokap Imigresen Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Alor Setar sebelum diserah ke Depot Imigresen Belantik, Sik,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×