
Minggu lepas gempar industri hiburan tanah air apabila pengacara dan pelakon popular, Neelofa mengambil keputusan untuk memakai niqab. Bagi Poklip, itu adalah satu langkah yang sangat dipuji dan positif.
Ramai yang menganggap penghijrahan Neelofa itu satu bukti setiap manusia punya jalan hidup sendiri. Perlahan-lahan pelakon itu membina iman dalam hati dan mula mempamerkan gaya hidup muslimah sejati sedikit demi sedikit.
Malah, Neelofa sendiri memohon doa daripada semua pihak untuk dia kekal istiqamah dan sentiasa berada dalam rahmat serta berkat Illahi. Kita doa yang baik-baik untuk wanita besi kelahiran Kelantan itu.
Namun, dalam berita baik itu turut terselit khabar kononnya Neelofa bakal menamatkan zaman daranya tidak lama lagi. Ini semua gara-gara gambarnya bersama pereka fesyen tersohor negara, Datuk Rizalman Ibrahim.
Rata-rata peminat mula berspekulasi apatah lagi desas-desus hubungan cintanya dengan pendakwah dan pelakon, Haris Ismail mula bertebaran. Mungkin sahaja ada berita baik menjelang ulang tahun kelahiran Neelofa bulan Februari nanti?
Walaupun dua-dua menafikan, siapa tahu kan. Jodoh itu rahsia Tuhan. Yalah, Neelofa pun sudah beritahu, dia sudah bersedia bergelar isteri. Siapa pun bakal suaminya, yang penting mampu menjaga dan membimbingnya.
Apa pun kita doa yang baik-baik untuk Neelofa. Jangan lupa doa untuk diri sendiri juga okay? Sebab doa itukan senjata seorang mukmin. Ha jangan ingat dunia hiburan bergosip semata tau. Kita juga perlu saling menasihati dan mengingati. Gitu!










