Deretan 5 kedai di Gong Kapas terbakar - Utusan Malaysia

Deretan 5 kedai di Gong Kapas terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 19 Ogos – Deretan lima buah kedai yang menempatkan premis menjual lampu hiasan, peralatan elektrik dan alat ganti motosikal musnah dalam kebakaran di Jalan Sultan Mohamad di Gong Kapas di sini malam tadi.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 10.30 malam berhampiran persimpangan lampu isyarat menghala ke Bukit Kecil di sini.

Empat jentera bersama 35 anggota dari tiga buah Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan mengenai kejadian.

Tiga BBP itu melibatkan Kuala Terengganu, Jalan Kota serta Marang.

Jurucakap bomba berkata, punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Tambahnya, setakat pagi ini kerja-kerja memadamkan api masih diteruskan dan tiada kecederaan dilaporkan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×