Rusuhan Kuil: MB Selangor panggil MMKN petang ini bincang kembalikan keamanan - Utusan Malaysia

Rusuhan Kuil: MB Selangor panggil MMKN petang ini bincang kembalikan keamanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Sebuah Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) akan diadakan petang ini bagi membincangkan langkah mengembalikan ketenteraman awam susulan rusuhan Kuil Sri Mariamman, USJ 25, Putra Heights, Subang Jaya di sini.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, keutamaan ketika ini adalah bagi memastikan keadaan kembali pulih seperti sediakala. 

“Saya telah memanggil MMKN petang ini khusus bagi membincangkan langkah seterusnya untuk mengembalikan ketenteraman awam.

“Semua pihak agar dapat menghentikan tindakan mengeluarkan kenyataan yang akan memburukkan lagi keadaaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Dalam perkembangan berlainan, Amirudin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua mengecam keras serangan yang dilakukan terhadap anggota bomba dan penyelamat, Muhammad Adib  Muhammad Kasim yang cedera semasa memadamkan kebakaran di sekitar Kuil Sri Maha Mariamman itu. 

“Saya telah melawat Mohd. Adib dan kerajaan negeri bersetuju untuk menanggung semua kos rawatan anggota bomba itu dan berharap dia segera sembuh,” katanya. 

Dalam insiden terbaharu rusuhan di Kuil Sri Mariamman yang bermula pukul 10.57 malam semalam, sebanyak lima buah kenderaan dibakar menjadikan 23 kenderaan musnah setakat ini.

Turut dimusnahkan oleh perusuh adalah bangunan kompleks One City Mall yang terletak pada jarak satu kilometer dari kawasan kuil itu.

Selain itu, polis juga menahan empat lagi lelaki dengan jumlah keseluruhan diberkas kini adalah 21 orang serta merampas pelbagai senjata. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN