Perak komited bangun industri perlombongan mineral mesra alam

Perak komited bangun industri perlombongan mineral mesra alam

SAARANI Mohamad melawat Makmal Penyelidikan dan Pembangunan Zantat Poly+Cal Innovation Lab di Kawasan Industri Batu Kapur, Keramat Pulai, Simpang Pulai, Ipoh. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Perak komited membangunkan perlombongan mineral mesra alam yang bukan sahaja mensejahterakan rakyat malah menyumbang pendapatan signifikan kepada kerajaan negeri.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, dalam pelan Perak Sejahtera 2030 menetapkan, operasi mengambil, mengorek hasil bumi yang berkaitan dengan mineral tidak sesekali akan menjejaskan alam sekitar.

“Kita punya kaedah pengeluaran perlombongan unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) menggunakan  in-situ leaching (ISL).

“Dan ada lagi, sedang dalam percubaan sekarang dipanggil kaedah nano akan dibuat. Jadi, apa pun kira keluarkan hasil bumi ini, mineral ini, tanpa mengusik dan merosakkan alam sekitar,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Makmal Penyelidikan dan Pembangunan (Zantat Poly+Cal Innovation Lab) di Makmal Zantat Sdn. Bhd., Kampung Kepayang, Simpang Pulai di sini, hari ini.

Saarani terdahulu merasmikan Makmal Inovasi Poly+Cal Zantat yang menelan belanja sebanyak RM8 juta sebagai pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi memacu inovasi dalam bidang polimer dan kalsium karbonat di negara ini.

Perak mempunyai kawasan perlombongan NR-REE seluas 216 ekar di Hulu Perak yang telah melepasi piawaian Penilain Kesan Kepada Alam sekitar (EIA) (penaksiran kesan persekitaran).

Beliau berkata, kerajaan negeri akan terus menyediakan persekitaran pelaburan yang kondusif, mempercepatkan proses kerulusan dan memperkukuh kerjasama antara agensi serta sektor swasta bagi menarik lebih banyak pelaburan bernilai tinggi.

Tambah beliau, kerajaan negeri turut membuka pintu kerjasama seluas-luasnya dengan pelabur antarabangsa bagi membangunkan perlombongan NR-REE.

Bagaimanapun, katanya, kerjasama perdagangan strategik itu perlu melalui Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) untuk sebarang kelulusan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN