Remaja lemas semasa berkelah bersama keluarga - Utusan Malaysia

Remaja lemas semasa berkelah bersama keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JULAU 5 Ogos – Kegembiraan 20 ahli keluarga dan kenalan dari sebuah rumah panjang di Nanga Matop, Julau, dekat sini bertukar pilu apabila seorang remaja lelaki lemas selepas terjatuh ke dalam sungai tersebut, semalam.

Dalam kejadian pukul 2.20 petang itu, mangsa, Malcolm Powell Anak Alphonsus, 14, dikatakan telah tergelincir dari jambatan di tebing sungai.

Mangsa dijumpai ahli keluarganya selepas lebih 30 minit daripada kejadian, yang kemudian membawanya ke Klinik Kesihatan Julau.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor, Nicholas Belulin berkata, panggilan kejadian itu diterima pukul 2.31 petang dan satu pasukan terdiri daripada enam anggota telah digerakkan ke lokasi.

“Setibanya di lokasi kejadian, penduduk setempat memaklumkan mangsa telah dijumpai dan dibawa oleh ahli keluarga ke klinik.

“Mangsa dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri dan mengalami pendarahan di telinga dan mulut, telah disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan,” katanya. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini