Dua lelaki ditemukan maut - Utusan Malaysia

Dua lelaki ditemukan maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 Ogos – Dua lelaki termasuk seorang warga asing ditemukan mati dalam kejadian berasingan di Demak Laut dan Matang, Kuching, Sarawak, hari ini.

Memetik laporan portal Utusan Borneo, sumber memaklumkan seorang mangsa warga India berusia 28 tahun ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di sebuah kilang besi di Demak Laut pada pukul 6 pagi.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk tindakan selanjutnya dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ujar sumber, dalam kes berasingan, seorang lelaki, 49, ditemukan mati di tandas sebuah rumah di Taman Sri Matang sekitar pukul 3 pagi.

“Pasukan paramedik yang bergegas ke lokasi kejadian menjalankan pemeriksaan ke atas mangsa sebelum mengesahkan mangsa telah meninggal dunia,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Aidil Bolhassan ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut. 

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik HUS untuk tindakan selanjutnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini