BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 5 OGOS 2019 - Utusan Malaysia

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT – 5 OGOS 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Awang lega apabila Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan, kerajaan akan tetap melaksanakan pengenalan tulisan khat dan Jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 4 pada tahun depan. Oleh itu Awang berharap keputusan kerajaan tersebut akan dihormati dan tidak perlu lagi dibantah mana-mana pihak. Pengenalan tulisan itu tiada kaitan dengan agama, sebaliknya bagi mengekalkan warisan seni khat di negara ini.

Walaupun kita menghormati pandangan sesetengah pihak tetapi mereka perlu berhati-hati dalam membuat kenyataan bagi mengelakkan salah faham sehingga membangkitkan kemarahan orang Melayu, khususnya. Pada pandangan Awang, dalam memastikan pelaksanaan tulisan khat itu berjalan dan lancar serta memberi kesan, memang benar kita memerlukan pendapat pelbagai pihak, itulah yang dilakukan oleh Kementerian Pendidikan sebelum ini.

Justeru kalau ada pihak yang tidak puas hati, mereka tidak perlu bertindak apatah lagi membuat kenyataan seolah-olah mahu menjadi wira kepada kaum tertentu, sebaliknya pilihlah jalan untuk berbincang dengan kementerian terlibat. Awang yakin Kementerian Pendidikan sentiasa mengamalkan dasar terbuka dan bersedia berbincang demi kepentingan pendidikan di negara ini tidak kira di peringkat apapun sekali pun.
 


Memuatkan artikel berkaitan…

Awang – Sentiasa berbincang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini