Sultan Ibrahim tegaskan sentiasa ambil tahu pasukan GGK - Utusan Malaysia

Sultan Ibrahim tegaskan sentiasa ambil tahu pasukan GGK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar menegaskan bahawa sebagai Kolonel Komandan Grup Gerak Khas (GGK), baginda akan sentiasa memerhati serta mengambil tahu mengenai pasukan itu.

Ini termasuk urusan perolehan peralatan untuk pasukan itu kerana menurut baginda, pihak komando tidak seharusnya menerima apa sahaja peralatan yang dicadangkan atau hendak dijual oleh pembekal.

“Contohnya, pembelian bot ‘Rigid Riding Craft’ sebanyak lapan unit dicadangkan dengan kos RM5 juta seunit, harga ini tidak munasabah dan selepas saya campur tangan, saya berikan komando bot lebih baik serta menjimatkan duit kerajaan,” titah Sultan Ibrahim yang dimuat naik dalam laman Facebook rasmi baginda hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Baginda bertitah demikian sempena majlis Perbarisan Sambutan Hari Ulang Tahun Rejimen Gerak Khas Ke-54 di Kem Iskandar, dekat Mersing hari ini.

Turut hadir mengiringi baginda ke majlis itu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail.

Sultan Ibrahim bertitah, baginda sedar tindakan baginda dalam mencampuri urusan perolehan komando itu tidak disenangi oleh sesetengah pihak yang ingin mengaut keuntungan sebagai ejen atau orang tengah.

Dalam pada itu, baginda menzahirkan penghargaan kepada kerajaan yang meluluskan peruntukan hampir RM180 juta untuk perolehan beberapa peralatan khas komando seperti payung terjun, rumah CQB (tempur jarak dekat) dan kolam renang tempur di Kem Iskandar. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini