Mohamad Imran digesa berhemah, jaga kata-kata - Utusan Malaysia

Mohamad Imran digesa berhemah, jaga kata-kata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 2 Ogos – Ahli Dewan Negara daripada PKR, Senator Mohamad Imran Abd. Hamid yang mencadangkan supaya diwujudkan undang-undang gangguan seksual untuk melindungi golongan lelaki daripada tergoda dan seterusnya terjebak dengan jenayah seperti rogol digesa supaya lebih berhemah ketika berbahas di Dewan Negara.

Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berkata, Mohamad Imran harus diingatkan tanggungjawabnya untuk memelihara pemikiran dan kata-katanya jika ingin berjuang bersama parti.

Menurutnya, pemimpin parti diberikan amanah yang berat dalam memastikan undang-undang negara diteliti dan wajar memberikan fokus di dalam konteks memelihara kesejahteraan dan keamanan rakyat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita menerima permohonan maaf Mohamad Imran dan berharap beliau serta pemimpin yang lain agar lebih berhemah ketika berbahas di Dewan Negara.

“Beliau harus diingatkan tanggungjawabnya untuk memelihara pemikiran dan kata-katanya jika ingin berjuang bersama parti,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Mohd. Imran menarik balik cadangannya supaya diwujudkan undang-undang gangguan seksual untuk melindungi golongan lelaki daripada tergoda dan seterusnya terjebak dengan jenayah seperti rogol.

Tindakan itu dibuat selepas dikecam ramai pihak dan ditegur oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini