KUALA LUMPUR 2 Ogos – Sebahagian laluan di Jalan Sungai Buloh dekat sini ditutup sementara bagi pelancaran rasuk jambatan pada 4 dan 5 Ogos ini.
Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (Prolintas) berkata, pihaknya melaksanakan penutupan sementara itu bermula pada pukul 11 malam hingga 4.30 pagi.
“Sehubungan itu, pengguna yang melalui kawasan pembinaan berkenaan dinasihatkan mematuhi arahan papan tanda keselamatan dan lalu lintas untuk perjalanan yang lebih lancar dan selamat.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Kami mohon maaf di atas kesulitan yang dialami dan kerjasama semua pihak amat dihargai,” katanya dalam satu kenyataan. – UTUSAN ONLINE











