KUALA LUMPUR 2 Ogos- Seorang lelaki ditemukan mati di sebuah rumah pekerja di Jalan Rock, Taman Bong Chin, Kuching, Sarawak, hari ini.
Portal Utusan Borneo melaporkan, mayat mangsa berusia 21 tahun yang berasal dari Kampung Moyan Ledang, Asajaya itu ditemukan tidak sedarkan diri oleh rakannya kira-kira pukul 4.30 pagi.
Difahamkan, mangsa putus cinta berdasarkan catatan aplikasi WhatsApp dalam telefon bimbitnya.
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Awang Din Awang Gani semasa dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan memberitahu mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk tindakan selanjutnya.
“Siasatan awal dan pemeriksaan mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian ini.
“Bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.- UTUSAN ONLINE











