Bursa Malaysia rendah pada tengah hari - Utusan Malaysia

Bursa Malaysia rendah pada tengah hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Ogos – Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari ini disebabkan aktiviti jualan berterusan hampir di semua kaunter berkaitan indeks tatkala pasaran berdepan pusingan seterusnya perang perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.64 peratus atau 10.52 mata kepada 1,628.55, selepas turun naik antara 1,623.66 dan 1,631.42 sepanjang sesi dagangan pagi.

FBM KLCI dibuka 7.68 mata lebih rendah pada 1,631.39.

Memuatkan artikel berkaitan…

Di Bursa, kedudukan pasaran secara keseluruhan kekal negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 619 berbanding 134, manakala 328 kaunter tidak berubah, 816 tidak diniagakan dan 28 lagi digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.16 bilion saham bernilai RM780.80 juta.

Seorang peniaga berkata, pelabur mengambil sikap menunggu susulan kebimbangan yang menyelubungi pertikaian perdagangan antara dua gergasi ekonomi dunia itu.

“Pelabur mengharapkan hasil positif daripada mesyuarat sebelum ini antara kedua-dua negara, tetapi malangnya ia sebaliknya semakin memuncak, yang meningkatkan tekanan terhadap perniagaan,” katanya kepada Bernama.

Ketegangan berlaku selepas Presiden AS Donald Trump pada Khamis mengumumkan menerusi laman Twitter bahawa AS akan mengenakan tarif tambahan 10 peratus ke atas barangan China bernilai AS$300 bilion (RM1.25 trilion) mulai 1 September. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini