Dua lelaki jadikan ladang sawit markas dadah ditahan - Utusan Malaysia

Dua lelaki jadikan ladang sawit markas dadah ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAUB 2 Ogos – Tindakan dua lelaki menjadikan ladang kelapa sawit sebagai markas bagi menyembunyikan aktiviti pengedaran dadah gagal mengaburi pihak berkuasa yang menahan kedua-dua suspek semalam.

Ketua Polis daerah, Superintenden Kama Azural Mohamed berkata, dalam serbuan kira-kira pukul 7.30 malam itu, polis berjaya menahan kedua-dua suspek yang berusia dalam lingkungan 40-an dan merampas dadah bernilai kira-kira RM10,000.

“Pemeriksaan atas tanah di tempat kedua-dua suspek berada menemukan beg berzip warna putih dan hitam yang mengandungi 11 peket plastik lutsinar yang setiap satunya berisi serbuk dan ketulan putih disyaki dadah jenis heroin serta enam peket plastik lutsinar berisi serbuk dan ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kedua-dua suspek direman selama tujuh hari mulai hari ini untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 12 (2) ADB 1952,”katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Raub di sini hari ini.

Yang hadir sama, Ketua Bahagia Siasatan Jenayah Narkotik daerah, Asisten Superintenden Yusof Kames.

Menurut Kama Azural, berdasarkan siasatan awal suspek dipercayai menjadi antara tokan utama pengedaran dadah di daerah ini.

Katanya, berdasarkan siasatan juga mendapati kedua-dua suspek mempunyai rekod kesalahan jenayah lampau berkaitan dadah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini