Presiden Pas jinakkan tenggiri 10kg - Utusan Malaysia

Presiden Pas jinakkan tenggiri 10kg

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Ogos – Siapa sangka dengan kudrat tua mencecah 72 tahun, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang masih lagi bertenaga untuk ‘menjinakkan’ seekor tenggiri seberat 10 kilogram ketika memancing dalam program Terengganu Tenggiri Challenge.

Menerusi perkongsian dalam laman Facebook rasminya, Abdul Hadi meluangkan masa untuk memancing semasa membuang unjam untuk menarik kehadiran lebih banyak ikan ke kawasan program itu dijalankan.

“Hari ini saya menyertai aktiviti membuang unjam bagi program Terengganu Tenggiri Challenge untuk menarik kehadiran banyak ikan di Pulau Kekabu, Marang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Semoga program ini dapat menarik minat ramai pemancing dan pelancong untuk datang ke Terengganu,” katanya ringkas di sini hari ini.

Video Abdul Hadi berjaya menaikkan tenggiri seberat 10 kilogram itu dimuat naik dalam ruangan ‘story’ Facebook rasminya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini