Dividen keuntungan RM27.58j akan diagih - Utusan Malaysia

Dividen keuntungan RM27.58j akan diagih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 2 Ogos – Felcra akan mengagihkan dividen keuntungan berjumlah RM27.58 juta kepada 46,922 pesertanya di seluruh negara.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, bagi agihan keuntungan interim 1/2019, Felcra memperuntukkan 70 peratus daripada jumlah keuntungan hasil ladang bagi tempoh Januari hingga April lalu untuk diagihkan kepada peserta yang terlibat.

Baki 30 peratus pula kata beliau, akan diagih bersekali dengan bayaran agihan keuntungan akhir pada April 2020 nanti.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Felcra bertanggungjawab untuk menguruskan 220,086 hektar bagi 112,454 peserta yang merangkumi kira-kira 1,774 projek di seluruh negara.

“Oleh itu, jumlah keuntungan yang diagihkan ini diperolehi daripada keuntungan bersih ladang-ladang milik peserta yang diurus dan dimajukan oleh Felcra melibatkan 509 buah projek,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelas Mohamed Azmin, pengurusan Felcra telah melaksanakan tanggungjawab dengan sebaiknya bagi memastikan purata produktiviti ladang sentiasa berada pada tahap optimum.

Usaha itu tambahnya, adalah untuk mengimbangi pendapatan yang terjejas akibat penurunan harga komoditi pasaran sedunia.

“Menerusi usaha ini, Felcra akan memastikan supaya bayaran Agihan Keuntungan Interim 1/2019 kepada peserta dapat dilaksanakan mengikut jadual dan masa yang ditetapkan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×