Alves tinggalkan Eropah sertai Sao Paulo - Utusan Malaysia

Alves tinggalkan Eropah sertai Sao Paulo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAO PAULO – Dani Alves bersedia menamatkan karier di persada bola sepak Eropah dan kembali ke Brazil untuk menyertai Sao Paulo.

Pasukan dari Brazil itu mengesahkan bahawa bekas pemain Barcelona, Sevilla, Juventus dan Paris Saint-Germain akan menyertai mereka, Isnin ini.

Alves yang berusia 36 tahun merupakan peminat pasukan Tricolor dan sudah menandatangani kontrak selama tiga tahun untuk beraksi di Morumbi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Alves meninggalkan Eropah selepas meraih 36 kejuaraan utama bersama kelab sejak tiba di Sevilla pada 2002.

Bintang Brazil itu merupakan pemain bebas sejak meinggalkan PSG pada Jun lalu.

Alves juga tidak berminat untuk menyertai pasukan Eropah lain walaupun terdapat laporan menyatakan Pep Guardiola berminat untuk membawanya ke Manchester City selain Arsenal yang ingin mendapatkan khidmatnya.

Alves kini bersedia untuk menerima gaji yang lebih rendah untuk pulang ke tempat asalnya selepas memeterai perjanjian sehingga 2022.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini