Liverpool jual Melwood kepada Torus - Utusan Malaysia

Liverpool jual Melwood kepada Torus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Liverpool sudah menjual tapak pusat latihan Melwood kepada pemaju perumahan untuk dibangunkan.

Tapak yang terletak di West Derby itu dibeli syarikat Torus, pemaju yang membangunkan projek perumahan mampu milik.

Perjanjian jual beli itu membolehkan juara Eropah itu meraih pendapatan sebanyak 10 juta pound (RM50.28 juta) yang akan digunakan untuk pembangunan tapak latihan baharu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Projek pembangunan baharu untuk kegunaan pasukan utama dan akademi sudah dimulakan di Kirkby, tahun lalu dan dijangka siap pada 2020 dan akan digunakan bagi musim 2020-21.

Torus akan mendapatkan khidmat nasihat daripada penduduk serta peniaga setempat bagi merancang projek pembangunan yang sesuai di Melwood.

“Hari ini adalah hari bersejarah dalam perancangan masa hadapan kami.

“Dengan hati yang berat kami mengumumkan penjualan tapak Melwood yang menjadi sejarah besar buat pasukan.

“Saiznya yang kecil membuatkan kami terpaksa mencari lokasi baharu untuk membina kemudahan kelas pertama buat pemain.

“Segala hasil jualan Melwood akan dilaburkan semula kepada pasukan utama serta pusat latihan baharu di Kirkby,” kata Naib Pengerusi Eksekutif Operasi dan Kewangan Liverpool, Andy Hughes.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini