Mayat rentung ditemui bawah atap zink - Utusan Malaysia

Mayat rentung ditemui bawah atap zink

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJANG – Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemui dalam keadaan rentung di bawah timbunan atap zink di sebuah rumah terbiar di Jalan Reko dekat sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 1.26 petang itu, bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang telah menerima panggilan kecemasan daripada orang awam berhubung kejadian kebakaran di rumah kosong terbabit.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintenden Mohd. Sabri Abdulllah berkata, sebaik berjaya memadam kebakaran terbabit, pihak bomba kemudian telah menemui mayat seorang lelaki di bawah timbunan atap.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pasukan forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor telah ke lokasi kejadian namun mendapati tiada unsur-unsur jenayah berlaku.

“Unit Anjing Pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat Shah Alam turut dipanggil bagi membantu siasatan namun tidak menemui sebarang peralatan yang menjadi punca kepada kebakaran,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Tambahnya, mayat si mati kemudiannya telah dihantar ke Hospital Kajang untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kejadian terbabit atau waris si mati boleh menghubungi pegawai penyiasat, Sarjan Shawarudin Idris di talian 019-3457527 atau Balai Polis Kajang di talian 03-89114222. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini