AS dakwa Hamza Laden meninggal dunia - Utusan Malaysia

AS dakwa Hamza Laden meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON 1 Ogos – Pihak perisikan Amerika Syarikat (AS) mengesahkan anak kepada Osama Laden, Hamza Laden telah meninggal dunia.

BBC melaporkan, maklumat tentang lokasi dan tarikh kematiannya sehingga kini masih dirahsiakan.

Kerajaan AS meneruskan usaha memburu Hamza dengan menawarkan habuan bernilai AS$ 1 juta (RM4 juta) bagi mana-mana pihak yang tampil memberi maklumat tentang keberadaannya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Hamza, 30, sebelum ini mengancam untuk melakukan serangan keatas AS dan negara lain menerusi rakaman video dan audio yang tular.

Dalam pada itu, Presiden AS, Donald Trump dan penasihat keselamatannya, John Bolton mengunci mulut berkenaan perkara itu.

Hamza sebelum ini menyeru sekutunya melakukan serangan ke atas AS bagi membalas pembunuhan ayahnya sekitar Mei 2011.

Dia turut mengajak penduduk semenajung Arab bangkit memberontak sebelum Arab Saudi menarik kewarganegaraannya.

Hamza dikatakan berada dalam tahanan di Iran namun beberapa laporan mendakwa dia berada di Afghanistan, Pakistan dan Syria.

Berdasarkan dokumen yang diperoleh dari kediaman Osama di Abbottabad, AS mendakwa Hamza telah dilatih untuk mengambil alih kepimpinan al-Qaeda.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini