Kasih ibu selamat bayi, wanita dan tiga lain maut dihempap - Utusan Malaysia

Kasih ibu selamat bayi, wanita dan tiga lain maut dihempap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 1 Ogos – Kasih sayang seorang ibu berjaya menyelamatkan bayinya daripada maut selepas kereta yang dinaiki bersama tiga penumpang lain, dihempap sebuah lori tanah dalam kejadian berlakumalangan di Jalan Imam Bonjol, Panunggangan Barat, Cibodas, Kota Tangerang, hari ini.

Bagaimanapun, ibu kepada bayi berusia 11 bulan itu terma­suk tiga lelaki dewasa dilaporkan meninggal dunia akibat di­timpa lori tersebut.

Lapor Kompas, seorang saksi, Ade yang membantu memin­dahkan bayi itu berkata, Aisyah diselamatkan oleh ibunya, Ifat dengan cara mendakap tubuh­nya agar tidak terkena lori tanah tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katannya, Ifat yang duduk di kerusi belakang penumpang masih hidup semasa dibantu oleh peduduk yang berada di lokasi kejadian.

“Kira-kira pada pukul 6 pagi, ibu bayi itu masih bergerak dan hidup. Dia juga telah menye­rahkan anaknya kepada penduduk,” katanya.

Dalam pada itu, Jurucakap Polis Kota Tangerang, Asisten Komisioner Isa Ansori berkata, empat penumpang kereta me­ninggal dunia dalam kejadian tersebut.

“Seorang mangsa iaitu bayi terselamat kini sedang dirawat di klinik Rani,” katanya.

Isa berkata, mangsa yang meninggal dunia telah dibawa ke Rumah Sakit Umum Daerah (RSUD) Daerah Tangerang untuk dibedah siasat.

Kata Isa, kemalangan itu dipercayai berlaku kerana pemandu lori tanah mengantuk, lalu hilang kawalan dan merempuh kereta berkenaan.

Tambahnya,pemandu lori itu tidak berada di lokasi kejadian apabila polis tiba dipercayai melarikan diri dan polis akan menyiasat identiti pemandu lori berdasarkan nombor kenderaan itu,” katanya – AGENSI.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini