Suspek pecah rumah ditahan - Utusan Malaysia

Suspek pecah rumah ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Ogos – Seorang suspek lelaki yang terbabit dalam beberapa siri jenayah pecah rumah ditahan di Sungai Way, Petaling Jaya hari ini.

Peralatan yang dirampas milik suspek pecah rumah yang ditahan di Sungai Way, Petaling Jaya hari ini.

Tangkapan pukul 7.30 malam itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota polis dari Balai Polis Sungai Way ketika menjalankan Op Pecah Rumah dan Samun di sekitar daerah tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, suspek yang berusia dalam lingkungan 30-an ditahan di belakang Flat Impian Baiduri.

“Dalam soal siasat awal suspek mengaku melakukan beberapa kes pecah rumah bersama seorang lagi rakannya yang masih bebas dan siasatan awal mendapati suspek memiliki beberapa rekod jenayah lampau berkaitan kes curi serta dadah.

“Kita juga masih menjalankan siasatan bagi melihat sejauh mana penglibatan suspek terhadap jenayah jalanan terutamanya kes melibatkan pecah rumah dalam daerah Petaling Jaya,” katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Zani memberitahu, pihaknya sedang giat mengesan rakan suspek yang masih lagi bebas di sekitar daerah Petaling Jaya bagi membantu siasatan.

Jelasnya, kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini