Sekolah dipecah masuk di Bandar Country Homes - Utusan Malaysia

Sekolah dipecah masuk di Bandar Country Homes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Ogos – Sebuah sekolah menengah di Bandar Country Homes, Rawang kerugian ribuan ringgit selepas dipecah masuk semalam.

Keadaan bilik guru yang dipecah masuk di Bandar Country Homes Rawang semalam.

Difahamkan, sebanyak 27 telefon bimbit pelbagai jenama dan wang tunai RM2,537 hasil sumbangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) lesap dalam kejadian berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kejadian tersebut disedari penolong kanan pentadbiran sekolah pada pukul 6.55 pagi selepas melihat bilik pengetua, penolong kanan serta bilik fail berada dalam keadaan berselerak.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Arshad Kamaruddin berkata, hasil pemeriksaan mendapati wang tunai PIBG dan sejumlah telefon bimbit yang dirampas daripada murid sekolah hilang.

“Pemeriksaan turut mendapati rokok elektronik (vape) yang merupakan barangan rampasan daripada pelajar turut hilang.

“Siasatan lanjut berhubung kejadian masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah masuk,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini