KUALA LUMPUR – Peluang Lee Zii Jia untuk melangkah ke separuh akhir kejohanan badminton Terbuka Thailand tampak cerah selepas tidak perlu berdepan juara dunia lima kali, Lin Dan pada suku akhir esok.
Zii Jia, 21, yang masih bekerja keras memburu tiket ke Sukan Olimpik 2020 melangkah ke suku akhir di Bangkok selepas mengetepikan pemain Indonesia, Tommy Sugiarto 21-14, 12-21, 21-8.
Dia pada awalnya dijangka menentang Lin Dan, namun jaguh China yang juga pemenang dua pingat emas Sukan Olimpik itu kalah mengejut kepada lawan dari Indonesia, Shesar Hiren Rhustavito.
Memuatkan artikel berkaitan…
Pemain berusia 36 tahun itu mendahului 21-12 di set pertama, sebelum tunduk 15-21, 10-21. – UTUSAN ONLINE











