Perodua berjaya kurangkan masa menunggu Aruz - Utusan Malaysia

Perodua berjaya kurangkan masa menunggu Aruz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Ogos – Perodua berjaya mengurangkan masa menunggu bagi model kenderaan utiliti sukan (SUV) Aruz di antara satu bulan dan 1.5 bulan bergantung kepada model berbanding kira-kira antara dua bulan dan 2.5 bulan sebelumnya berikutan peningkatan dari segi pengeluaran.

Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, disebabkan oleh peningkatan pengeluaran, Perodua menganggarkan pencapaian jualan Januari hingga Julai mencapai 140,900 buah untuk semua model, yang mana setanding dengan 140,900 buah dari tempoh yang sama tahun lepas.

Katanya sebanyak 7,989 buah Aruz telah berjaya terjual antara Januari dan Julai tahun ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dari sudut perbandingan, bulan Jun, Julai dan Ogos tahun lalu menyaksikan “cuti cukai” yang terhasil daripada keputusan penghapusan cukai barang dan perkhidmatan (GST) oleh kerajaan.

“Meskipun begitu, kami sangat beruntung kerana prestasi kami jauh lebih baik jika dibandingkan dengan kesan semasa cuti cukai,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini