‘Buka botol dengan payudara’ tidak ada kaitan dengan Srikandi Bersatu - Utusan Malaysia

‘Buka botol dengan payudara’ tidak ada kaitan dengan Srikandi Bersatu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 1 Ogos – Sayap wanita Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Srikandi Bersatu negeri ini menegaskan tidak kena mengena dengan tindakan seorang ahlinya,

Azira Maria Aziz menggunakan payudara untuk membuka penutup botol ‘bottle cap challenge’ bagi mempromosikan produk kecantikannya.

Ketua Srikandi Bersatu negeri, Zaleha Che Kob berkata, tindakan yang dikatakan untuk mempromosi atau melariskan produk jualannya adalah dibawah tanggungjawab dan kehendak pengasas produk kecantikan itu sendiri.

Beliau berkata, secara prinsipnya, pihaknya juga tidak menyokong dan membantah sekeras-kerasnya cubaan mana-mana wanita yang ingin menjual atau mempromosi produk dengan menggunapakai kaedah atau cara sedemikian.

“Sayap Srikandi Bersatu Kelantan merasa amat kesal di atas penyebaran video yang tular di blog dan media sosial tempatan yang mengaitkan perlakuan tersebut dengan usaha ahli Srikandi Bersatu melariskan jualan produk perniagaannya.

“Srikandi Bersatu Kelantan juga menafikan perilaku dalam vidoe tersebut, Azira Maria Aziz adalah Ketua Srikandi di mana-mana bahagian dalam negeri Kelantan. Secara jelas, perilaku dan niat tindakan beliau tidak ada sebarang kaitan dengan pergerakkan sayap Srikandi Bersatu Kelantan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Zaleha berkata, pihkanya melarang keras mana-mana portal yang cuba mengaitkan video tersebut dengan Srikandi Bersatu Kelantan dan akan membuat laporan polis bagi sesiapa saja yang berniat menyebarkan tuduhan palsu.

Baru-baru ini, portal Sabahkini2.com melaporkan seorang Ketua Srikandi Bersatu menunjukkan aksi membuka penutup botol menggunakan payudara bagi melariskan jualan produk kecantikan.

Menurut portal itu, Azira Maria dipercayai menggunakan laman penstriman video Youtube dan Instagram untuk menunjukkan kehebatannya dalam ‘bottle cap challenge’.

Azira Maria ketika dihubungi Utusan Online semalam mengakui beliau hanya ahli biasa parti itu dan video tersebut adalah untuk tujuan peribadi dan bukannya untuk mempromosikan produk perniagaannya seperti yang didakwa. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×