Bursa Malaysia ditutup tinggi - Utusan Malaysia

Bursa Malaysia ditutup tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Ogos – Bursa Malaysia mencatat prestasi berbeza daripada pasaran serantau apabila ditutup lebih tinggi hari ini, dipacu sokongan belian terhadap saham-saham wajaran tinggi terpilih didahului oleh Tenaga dan Press Metal walaupun dalam keadaan sentimen global yang lemah.

Indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.2 mata untuk ditutup kepada 1,639.07 daripada 1,634.87 sewaktu penutupan pada Rabu, sekali gus mengakhiri penyusutan selama tiga hari berturut-turut.

Tenaga yang bakal menyaksikan langkah penyusunan semula dalamannya meraih untung 22 sen kepada RM14.04 dengan 18.47 juta saham saling berpindah tangan manakala Press Metal yang baru-baru ini berjaya memperoleh kontrak bekalan elektrik jangka panjang Sarawak Energy Bhd, meningkat 31 sen kepada RM4.86 dengan 16.58 juta saham didagangkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kedua-dua saham itu menyumbang sebanyak 4.381 mata bagi kenaikan indeks komposit itu.

Di pasaran lebih meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu 482 berbanding 348 manakala 420 lain tidak berubah, 639 tidak didagangkan dan 28 lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 2.45 bilion unit bernilai RM2.02 bilion berbanding 2.75 bilion unit bernilai RM2.75 bilion sewaktu ditutup pada Rabu. -BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini