Karnival Sukan Kelantan 2019 bermula hari ini - Utusan Malaysia

Karnival Sukan Kelantan 2019 bermula hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 1 Ogos – Kira-kira 2,150 atlet mengambil bahagian dalam Karnival Sukan Kelantan 2019 (Kasukel) yang bermula hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Roslan Wan Hamat berkata, Kasukel yang berlangsung sehingga 3 Ogos ini melibatkan 17 jenis sukan yang dipertandingkan.

“Karnival ini adalah satu medan untuk mempamerkan kehebatan atlet remaja yang berumur antara 9 hingga 20 tahun yang bernaung di bawah Pusat Latihan Negeri untuk persediaan menghadapi Sukan Malaysia (Sukma) ke 20 pada 2020.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebanyak 17 jenis sukan yang dipertandingkan antaranya, angkat berat; bola jaring; boling padang; bola tampar; Muay Thai; tinju; pencak silat; bola keranjang dan sepak takraw akan diadakan di sekitar Kota Bharu manakala acara hoki di Pasir Mas dan berbasikal di Bachok,” katanya pada Majlis Perasmian Karnival Sukan Kelantan Tahun 2019 di Dewan Jubli Perak di sini hari ini.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob. Yang turut hadir, Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSN), Muhammad Imran Mansoor.

Dalam pada itu, Wan Roslan berkata, penganjuran karnival itu juga bertujuan mengekalkan atlet berprestasi tinggi untuk mewakili negeri bagi acara sukan berprestij pada masa akan datang.

Sebahagian atlet yang terlibat dalam Karnival Sukan Kelantan 2019 di Kota Bharu hari ini. UTUSAN ONLINE/Zulhanifa Sidek

“Sebelum ini, ramai atlet kita yang berkemahiran seperti atlet Muay Thai dibeli oleh negeri lain.

“Oleh itu, kali ini kita mahu pegang betul-betul atlet kita yang mempunyai kemahiran tinggi. Kalau kita latih 10 orang atlet, sekurang- kurangnya kita berusaha pegang lima daripada mereka,” katanya.

Katanya, pengekalan atlet ini penting kerana dengan adanya atlet yang berkemahiran itu, ia mampu menaikkan semangat atlet baharu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini