Lelaki warga emas maut dirempuh lori - Utusan Malaysia

Lelaki warga emas maut dirempuh lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG 1 Ogos – Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal yang ditungganginya terlibat dirempuh sebuah lori muatan roti di Jalan Bandar Lama di sini, kira-kira pukul 11.10 pagi ini.

Mangsa, Mohd. Fauzi Mahmod, 63, yang cedera di kepala dan badan dari Kampung Tanah Putih di sini maut semasa menerima rawatan di Hospital Gua Musang.

Bagaimanapun pemandu lori jenis Nissan yang membawa muatan roti Gardenia, Mustafa Ahmad, 38, dari Kampung Keledek, Kuala Lipis, Pahang tidak mengalami sebarang kecederaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd. Taufik Maidin berkata, mangsa menunggang motosikal Honda EX5 dalam perjalanan ke Bandar Lama manakala pemandu lori yang datang dari arah bertentangan menuju ke Felda Chiku untuk menghantar bekalan roti.

“Setibanya di lokasi mangsa tiba-tiba membelok memasuki laluan sebelah kanan lalu dirempuh lori dari arah bertentangan.

“Mangsa terjatuh di tempat kejadian dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat kecederaan yang dialaminya,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Taufik berkata, mangsa yang cedera kemudiannya dibawa ke Hospital Gua Musang dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.

“Jenazah mangsa dihantar ke Jabatan Forensik untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarga petang ini untuk kebumikan.

“Kes kemalangan itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini