Keluarga Nur Umairah terima pampasan insurans - Utusan Malaysia

Keluarga Nur Umairah terima pampasan insurans

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Keluarga Nur Umairah Syakirah Rosdi, murid Tadika Kemas di sini yang maut akibat terlibat dalam kemalangan jalan raya pada Ahad lepas, hari ini menerima pampasan insurans daripada Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas).

Pampasan itu diserahkan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Rina Harun kepada ibu Allahyarham, Nur Yusliana Mohd Yusof, ketika melawat guru tadika Kemas itu dan dua anaknya yang dirawat di Hospital Putrajaya di sini akibat kemalangan itu.

Nur Umairah, 5, murid Tadika Kemas di Presint 11 di sini maut apabila kenderaan Perodua Alza yang dinaiki bersama lima ahli keluarganya terlibat dalam pelanggaran dengan kereta Audi A5 di simpang empat lampu isyarat Jambatan Sri Ehsan di sini pada 28 Julai lepas.

Memuatkan artikel berkaitan…

Nur Umairah, yang mengalami kecederaan parah di kepala, meninggal dunia ketika dirawat di hospital sementara ibunya patah kaki kiri dan tulang pinggul retak manakala abangnya yang berusia lapan tahun dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana kecederaan di kepala dan tidak sedarkan diri.

Kakaknya yang berusia enam tahun pula cedera di kepala serta patah kaki kiri, manakala bapa dan adik bongsunya mengalami cedera ringan. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini