Bank Muamalat bekerjasama dengan Alibaba Cloud untuk percepat pemasukan kewangan - Utusan Malaysia

Bank Muamalat bekerjasama dengan Alibaba Cloud untuk percepat pemasukan kewangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 31 Julai – Bank Muamalat Malaysia Bhd. telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Alibaba Cloud untuk meningkatkan penggunaan data besar dan kecerdasan buatan (AI) untuk percepatkan kemasukan kewangan.

Pengurus Besar Alibaba Cloud Intelligence Malaysia dan Thailand, Kenny Tan berkata, ini merupakan kerjasama pertama dengan sektor kewangan di Malaysia untuk menggalakkan akses lebih baik kepada teknologi dan menangani cabaran dalam kese­lamatan dan pematuhan.

“Kami sentiasa berusaha untuk meningkatkan penyer­taan kami dalam industri teknologi kewangan menerusi kerjasama kami dengan Bank Muamalat,” katanya pada sidang media di luar Sidang Kemuncak Alibaba Cloud Malaysia hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu, Ketua Pegawai Teknologi Bank Muamalat, Abdul Razak Mohamed Ismail berkata, MoU itu menampilkan peluang sempurna untuk bank menggunakan analisis ramalan menerusi teknologi data besar dan AI untuk lebih memahami segmen dan pilihan pelanggan.

“Kerjasama ini bukan sahaja akan membolehkan kami untuk menawarkan produk dan perkhidmatan lebih baik tetapi juga untuk perkhidmatan kewangan yang sesuai dengan aspirasi dan pertumbuhan pelanggan,” katanya.

Presiden antarabangsa Alibaba Cloud, Selina Yuan berkata, syarikat itu telah meningkatkan pelaburannya di Malaysia dari segi teknologi dan sumber untuk memperkukuhkan kehadirannya di negara ini.

Beliau berkata, syarikat awan itu telah mengembangkan pusat datanya dan akan terus memberi perkhidmatan kepada perniagaan tempatan dengan menggaji bakat tempatan.

“Malaysia sebuah negara yang penting bagi kami dan akan terus berkhidmat kepada pelanggan kami pada tahap terbaik,” katanya. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini