Pencuri ‘bogel’ tak sempat buat kerja - Utusan Malaysia

Pencuri ‘bogel’ tak sempat buat kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Ogos – Tindakan seorang lelaki memecah masuk sebuah rumah di Batu 6, Jalan Gombak dekat sini dalam keadaan berbogel mengundang padah apabila kegiatannya itu disedari penghuninya.


Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, mangsa seorang pemuda berusia 18 tahun sedang berehat di bahagian atas rumah tersebut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Arsad Kamaruddin berkata, mangsa telah terdengar sesuatu di bahagian bawah rumahnya sebelum dia melihat kelibat seorang lelaki dalam keadaan berbogel sedang mengumpil tingkap di bahagian hadapan rumahnya.

Jelasnya, berikutan itu, mangsa kemudian menjerit dan dalam masa sama suspek terkejut lalu melarikan diri ke arah jalan utama.

“Mangsa kemudian telah melihat semula rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat pada rumahnya dan mendapati suspek datang berseorangan serta cuba memecah masuk ke rumahnya melalui tingkap hadapan rumah.

“Satu laporan polis telah dibuat mangsa yang turut menyerahkan rakaman CCTV tersebut untuk siasatan lanjut,” katanya di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×