Dua lelaki ditahan miliki dadah, erimin 5 - Utusan Malaysia

Dua lelaki ditahan miliki dadah, erimin 5

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 1 Ogos – Operasi memburu dan menangkap pengedar serta penagih dadah yang diperhebat di seluruh negeri ini berjaya menahan dua lelaki yang memiliki sebanyak 116.5 gram dadah dipercayai methapethamine serta 14 biji pil erimin 5.

Kedua-dua lelaki berusia 30 dan 32 itu ditahan dalam serbuan oleh sekumpulan sembilan anggota Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di sebuah pangsapuri di Relau, tengah malam tadi.

Menurut Penolong Pengarah (Kanan) Penguatkuasaan dan Keselamatan AADK negeri, Ibrahim Muhamad Said, turut dirampas daripada dua lelaki yang bekerja sebagai peniaga pakaian terpakai dan bekerja sendiri itu adalah wang tunai berjumlah RM27,244.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tambah beliau, penahanan kedua-dua lelaki yang menyewa bersama di pangsapuri berkenaan hasil intipan dalam operasi itu yang bermula pukul 6.30 petang semalam hingga 3 pagi tadi.

“Bagi kedua-dua kes ini, kita menyerahkan suspek kepada pihak polis untuk tindakan dan siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya kepada pemberita hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini