Serangan spekulator hantui Dr. Mahathir - Utusan Malaysia

Serangan spekulator hantui Dr. Mahathir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMELESETAN ekonomi dan ketidaktentuan pasaran yang berlaku pada 1997-1998 bukanlah pertama kali terjadi dalam sejarah ekonomi negara.

Menurut Ahmad Atory Hussain dalam buku Analisis Dasar Awam: Peranan Kerajaan Mengatasi Masalah Ekonomi Dalam Sistem Pasaran Bebas (2000), sebenarnya Malaysia pernah mengalami kemelesetan ekonomi pada 1966-1968, 1974, 1976, 1984 hingga 1987 dan 1997-1998.

“Walau bagaimanapun, ke­rajaan Malaysia mengatasi masalah-masalah kemelesetan ekonomi dengan jayanya. Misalnya kegawatan ekonomi yang berlaku pada 1966 telah diatasi dengan melancarkan Rancangan Buku Hijau dan menggalakkan pembukaan tanah.

Memuatkan artikel berkaitan…
BERITA utama Mingguan Malaysia menyiarkan kenyataan Dr. Mahathir Mohamad yang mendakwa George Soros
BERITA utama Mingguan Malaysia menyiarkan kenyataan Dr. Mahathir Mohamad yang mendakwa George Soros sebagai punca merosakkan
ekonomi negara ASEAN, pada 27 Julai 1997.

“Kemelesetan ekonomi 1974 diatasi dengan membekukan jawatan-jawatan kosong kerajaan, memben­dung inflasi dan mengurangkan perbelanjaan kerajaan manakala kemelesetan ekonomi yang berlaku pada 1986 pula kerajaan mengurangkan pengambilan kakitangan kerajaan, mengurangkan perbelanjaan kerajaan, mengurangkan projek besar-besaran dan memotong gaji kakitangan, seterusnya menggalakkan tabungan.

“Walau bagaimanapun, kemelesetan ekonomi yang berlaku pada 1997 dianggap paling teruk dalam sejarah negara kerana ia melibatkan kejatuhan pasaran saham dan mata wang negara sekaligus meningkatkan hutang negara serta mengurangkan rizab negara” (Ahmad Atory Hussain 2000: 147).

Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam ucapan di Johor Bahru pada 4 Ogos 1998 mengakui bahawa dalam sejarah karier beliau menjadi Perdana Menteri banyak masalah berjaya diselesaikan tetapi krisis ekonomi yang melanda negara sekitar 1997 hingga 2000 begitu sukar sekali ditangani.

Sejak Mac 1997, berlaku kejatuhan indeks Saham Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) sehingga 1200 mata. Kejatuhan ini disebabkan pelabur asing menarik keluar modal mereka. Kemuncak kejatuhan saham ialah pada Oktober 1997 iaitu 647.32 mata.

Situasi ini merupakan kejatuhan yang belum pernah terjadi sejak 1987. Kerajaan bertindak pantas dengan menyuntik dana bagi membantu menstabilkan harga dan meyakinkan rakyat supaya jangan gelabah dan asas ekonomi Malaysia tetap utuh dan mapan.

“Bagai sudah jatuh ditimpa tangga, berlaku pula kejatuhan nila mata wang Malaysia yang bermula pada September 1997 di mana nilai ringgit Malaysia turun kepada RM3.46 berbanding satu dolar Amerika.

“Kejatuhan ini adalah pertama kali sejak 1975 di mana nilai jatuh hampir 20 peratus. Sebelum ini mata wang Baht (Thailand) telah jatuh dengan teruk sejak Jun 1997 dan bahangnya diramalkan menular ke negara-negara Asia yang lain” (Ahmad Atory Hussain 2000: 150).

Ketika menjawab kritikan yang dilemparkan terhadap kepemimpinannya, Dr. Mahathir sebaliknya memberikan faktor-faktor kejatuhan nilai mata wang negara adalah disebabkan serangan spekulator asing dan beliau dengan beraninya mendakwa George Soros (Yahudi Amerika) sebagai orang yang bertanggungjawab menyebabkan kejatuhan saham dan mata wang.

“Dalam Persidangan Kewangan Antarabangsa di Hong Kong pada penghujung September 1997, Dr. Mahathir sekali lagi mengulangi kenya­taannya bahawa George Soros yang membawa kepada kejatuhan mata wang seterusnya beliau (Dr. Mahathir) menyarankan supaya urus niaga mata wang dihapuskan sahaja atau dikawal selia.

“George Soros yang turut diberi peluang berucap dalam persidangan tersebut dengan sombongnya mengecam Dr. Mahathir sebagai bertanggungjawab menyebabkan kejatuhan di Malaysia dan kegagalan Dr. Mahathir mengatasi masalah ekonomi negaranya dan seterusnya melabelkan Dr. Mahathir sebagai ‘pengacau’. Yang anehnya ada pihak-pihak tertentu yang termakan dengan dakwaan Soros itu” (Ahmad Atory Hussain 2000).

Profesor Dr. Paul Krugman Pakar Ekonomi di Institut Teknologi Massachusetts, melalui tulisannya dalam majalah Times terbitan September 1997 secara sinis me­negaskan: “Anda tidak perlukan orang seperti George Soros untuk memberi amaran yang Korea Selatan, Malaysia dan Thailand sedang mengalami defisit dagangan yang besar”.

Beliau menyatakan ‘keajaiban Asia’ seperti diuar-uarkan itu tidak pernah wujud kerana apa yang berlaku hanyalah akibat lebihan dagangan.

Krugman berpendapat ke­gawatan ekonomi di Asia termasuk Malaysia akan berlanjutan sehingga dua atau tiga tahun lagi, itu pun katanya jika kerajaan di negara berkenaan lebih bersederhana dan realistik dalam berbelanja.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini