KUALA LUMPUR 31 Julai – Video memaparkan pihak tidak bertanggungjawab membuang sampah ke dalam sebatang sungai dipercayai di Segambut tular.
Video berdurasi kira-kira dua minit itu berjaya dirakam pengguna media sosial Facebook memaparkan dua lelaki menaiki sebuah van putih yang membawa bungkusan sampah berhenti di bahu jalan.
Memuatkan artikel berkaitan…
Kedua-dua lelaki berkenaan kemudian membawa bungkusan sampah itu secara bergilir-gilir untuk dibuang ke dalam Sungai Keroh.
Gelagat dua individu itu mendapat kecaman pengguna media sosial selain meminta pihak berkuasa menyiasat insiden berkenaan kerana melakukan pencemaran sungai. – UTUSAN ONLINE











